Wednesday, May 25, 2011

PERASAAN YANG TIBA-TIBA...

Membuka tingkap seluas-luasnya. Merenung ke langit. Berharap agar keagungan terhadap cakerawala ciptaan Sang Pencipta mampu merawat sayu di hati. Puas dipujuk hati. Barangkali rindu peluk cium dari mak. Tapi rasanya bukan itu puncanya.                                            

JODOH               
Adakah itu yang sedang saya fikirkan. Usia sebegini masing-masing sudah mula sibuk mencari pasangan. Mungkin benar, saya sedang memikirkan tentang jodoh. Ayat yang biasa kita dengar, jodoh, maut, ajal, pertemuan.. semuanya Allah yang menentukan. Tidak pernah terlupa tentang janji Allah yang disebutkan dalam al-Quran:  “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Tiga kunci kebahagiaan seorang suami : (1) Isteri solehah yang jika dipandang membuat mu semakin sayang, jika kamu pergi membuat mu merasa aman kerana dpt menjaga kehormatan diri dan harta mu. (2) Kenderaan yang baik yang blh menghantar kemana pun pergi. Dan (3) Rumah yang lapang, damai, penuh kasih sayang”. 
(HR. Abu Dawud)

Bukan saya sibuk memikirkan tentang siapa jodoh saya, tapi bagaimana kehidupan kita 10 tahun akan datang nanti. Cabaran mendidik anak-anak bagi berdepan dengan arus globalisasi yang menggila. Tarbiah setakat di sekolah mungkin masih belum cukup. Usia sekarang, masing-masing sibuk memperkatakan tentang jodoh. Keinginan berkahwin. Bahagianya ada orang jaga. Hanya melihat dari satu sudut, apakah sudah diteliti dari sudut yang lain. Tanggungjawab dan komitmen yang perlu diberikan. Kewajipan Memberi Nafkah. Ramai orang yang mengatakan sudah bersedia untuk berkahwin, sudah punya calon yang sesuai, tapi berapa ramai yang berani menjanjikan 100% komitmen terhadap bahtera rumah tangga yang bakal dilayari nanti. Disebabkan tidak mampu memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap keluarga, masing-masing mula menuding jari mencari kesalahan masing. Bukan ingin menafikan hak, tapi ini realiti yang sedang berlaku.

Maka sesiapa yang sudah berkemampuan, laksanakanlah sunnah Baginda:

“Barangsiapa yang membenci sunnahku maka bukan termasuk golonganku”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit! Adalah menjadi sesuatu yang membimbangkan apabila soal institusi keluarga ini dipandang remeh sehinggakan soal perkahwinan dijadikan perkara ‘main-main’ oleh golongan tertentu.

"Perkara halal yang bibeci Allah adalah TALAK."


MAUT DAN AJAL
Tak siapa tahu bila dan di mana Malaikat Izrail datang mencabut roh kita. Apakah sudah cukup amalan yang akan dihisab di sana nanti. atau hanya sekadar cukup-cukup makan. Masih ada waktu bagi kita untuk memperbaiki  dan mempersiapkan diri dengan ilmu agama yang mencukupi buat bekalan untuk melayari bahtera rumah tangga dan yang pastinya bekalan untuk kehidupan yang abadi di sana. Insyaallah..

Ketika kecil, saya hampir-hampir dilanggar oleh sebuah teksi akibat melintas jalan tanpa melihat kiri kanan terlebih dahulu. Namun, Allah masih lagi memberikan peluang kepada saya untuk beramal sementara masih ada waktu. 

PERTEMUAN
Pertemuan dengan siapa? Dengan Pemilik Cinta Setelah Allah dan Rasul. Pastinya semua ingin ini berlaku terhadap dirinya. Ada yang bertemu disebabkan oleh ibu bapa. Ada yang bertemu asalnya dengan pertengkaran, diakhiri dengan suatu perasaan aneh. Yang pasti bukan lagi benci. Dan ada juga bertemu di jalan dakwah. Bersama-sama menabur bakti demi memartabatkan kembali Islam di negara ini. Semuanya ini adalah hasil percaturan daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Wallahu 'alam...  

No comments:

Post a Comment