Wednesday, May 25, 2011

FITRAH MEREKA BERSIH

Melihat kepada wajah anak-anak kecil, hati menjadi damai. 


KISAH LEMBU

Ramai orang kata, menjaga lembu sekandang lebih mudah drp menjaga anak perempuan nan seorang. Nah! Bahasa yang agak pedas tetapi mudah untuk difahami. 

BIAH SOLEHAH

Justeru, sejak dari awal kelahiran bayi, institusi keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk hidup dalam biah solehah-persekitaran yang baik. Beruntungnya diri mereka kerana hati dan diri mereka masih bersih dari dosa dan noda. Waktu inilah yang sesuai bagi mendidik mereka. Kata orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya

BICARA ORANG MUDA

Kata orang-orang muda @bujang pula, kami ini lambat lagi nak berumah tangga. Lambat atau cepat bukan masalah di sini. Yang pasti, bila tiba masanya, kita akan mengalami proses yang sama. Berkeluarga.

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi” -Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari.

Di dalam sepotong hadis Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang kanak-kanak yang telah berumur 7 tahun hendaklah kamu perintahkan kepadanya supaya bersembahyang. Manakala kanak-kanak itu telah sampai umur 10 tahun, apabila dia tidak mahu sembahyang, hendaklah kamu pukul akan dia.”

PUKULAN YANG MENDIDIK

Diberi hak untuk memukul bukan bermakna memukul dalam keadaan marah kepada anak, malah Islam telah menggariskan beberapa batas bagi mendidik anak-anak dengan pukulan. Antaranya:

#Tidak menyakitkan si anak
#Sesuai dengan usia anak
#Bukan memukul dalam keadaan marah
#Menahan tangan daripada memukul jika anak menyebut nama Allah

Begitulah batas-batas yang digariskan dalam Islam. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment