KITAB CINTA- sebuah drama baru arahan Eirma Fatima. Salah seorang penggeraknya adalah Fazura. Bakal ditayangkan di TV AL-HIJRAH pada 1Jun ini, 8.30 mlm. Jangan lupa tonton yer.
Memartabatkan hukum Allah demi cinta manusia. Itulah yang sepatutnya ada pada nilai sebuah cinta. Namun, tak banyak kisah cinta sebegitu pada hari ini. Yang ada hanya kisah cinta masa kini, pergaulan bebas benda biasa je, jumpa je bukan buat apa-apa pun. Anda fikir, anda nilai sendiri.
Sebagai manusia yang kadang-kadang bersifat lalai, kita sentiasa memohon kepada Allah supaya mengurniakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. Nikmat kemanisan iman yang tiada tara. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Insyaallah..
Agak cantik bila tengok Fazura bertudung. Moga-moga dia mendapat hidayah untuk bertudung satu hari nanti. Macam Irma Hasmie yang dah bertudung. Alhamdulillah biiznillah..
Bertudung kerana ia merupakan tuntutan ke atas setiap Muslimah, bukan untuk menarik perhatian dengan fesyen yang up to-date. Macam-macam fesyen tudung hari ini. Sesetengahnya tidak menepati standard kualiti dalam Islam, asal nama tudung, main saruk je. Macam tu ker.
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment