Tuesday, January 4, 2011

CINTA FITRAH SEMULA JADI



Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kini, kita mewarisi perasaan itu. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia.

Manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Namun Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaan Islam. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia. 

Bagaimana utk memastikan cinta yg dizahirkan benar2 utk kita.. Beristikharahlah..Sesungguhnya, dgn memohon petunjuk drp Allah, jiwa akn mendapat ketenangan, dan hati akn menjadi tenteram kepadanya. Sekiranya sebaliknya, mungkin dia bkn jodoh yg Allah tetapkan utk kita.

Pernah anda mendengar tentang kisah seorang anak yang sanggup meninggalkan keluarganya, semata-mata demi memiliki sebuah cinta? Banyak shj kisah2 sebegitu dipamerkan di muka hdpn akhbr setiap hari. Seterusnya, menghasilkan bilangan anak luar nikah yang luar biasa peningkatannya setiap hari.

Pernah anda mendengar tentang seorang sahabat yang meninggalkan sahabat2nya, semata-mata demi cinta? Ya!! Saya pernah mendengarnya. Mungkin juga mengalaminya.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba- Nya.


Ya Allah,
Andainya Dia Adalah Jodoh Yang Ditetapkan Oleh-Mu Kepadaku,
Maka Campakkanlah Dalam Hatiku Cinta Kepadanya Adalah Kerana-Mu,
Dan Campakkanlah Dalam Hatinya, Cinta Kepadaku Adalah Kerana-Mu.

Namun,
Andainya Dia Bukanlah Jodoh Yang Ditetapkan Oleh-Mu Kepadaku,
Berikanlah Ku Kekuatan Agar Pasrah Dalam Mengharungi Ujian, Yang Kau Berikan Kepadaku.


Ya Allah...
Jika Aku Jatuh Cinta,

Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada-Mu, Agar Bertambah Kekuatanku Untuk Mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Jagalah Cintaku Padanya Agar Tidak Melebihi Cintaku Pada-Mu.

Ya Rabbana,
Jika Aku Jatuh Hati,
Jagalah Hatiku Padanya Agar Tidak Berpaling Pada-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jalan-Mu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamiin...

No comments:

Post a Comment