Saya kira, mungkin ini entry yang terakhir buat pengakhiran 2010 ini. Rasanya masih belum terlambat untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang nilai sebuah persahabatan yang dibina atas dasar saling memerlukan antara sesama KAMI.
Buat permulaan bagi semester baru ini, setiap orang mengharapkan yang terbaik dan lebih baik dari yang sebelum ini. Jadi, sementara padi belum menguning, hari juga masih panas, 1 rancangan rehlah telah diatur dalam masa yang cukup singkat. Ini adalah berkat pertolongan daripada Prof. Mazawani juga. Orang pro katakan…J
Kalau sebelum ini, ada di antara kami yang bermalas-malasan untuk bangun pagi, namun pagi 25 Disember itu, laju sahaja kaki melangkah ke bilik air, membersihkan diri, dan menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta. Di samping tidak lupa untuk memohon kepada-Nya agar memberkati perjalanan kami. Moga-moga panasnya sampai ke petang ..
Destinasi yang dipilih adalah KALUMPANG RESORT. Tempat yang jauh dari kesibukan kota. Sesuai bagi menenangkan jiwa yang stress. Ehem..stress sgt ke? Mendengar deruan air terjunnya sahaja sudah cukup menimbulkan rasa betapa terujanya kami setelah menapakkan langkah pertama di sana. Sempat Faridha membisikkan ke telingaku..”Weh!!Liza Hanimlaa…!” mulutnya ternganga luas. Terbuntang matanya melihat Liza Hanim sekeluarga. (hiperbola skit)
Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami ke sana...
Langkah sahaja masuk ke situ, tertarik saya kepada Sang Sahabat yang begitu setia melayani pengunjung yang datang ke situ. Laju sahaja tangannya menyambut salam perkenalan dari orang-orang luar. Baginya, berkawan biarlah beribu…
Terus, langkah demi langkah diatur bagi memastikan objektif kami tercapai. Masuk sahaja ke dalam, semua tempat dipenuhi dengan ramai org memandangkan Family Day UIA juga diadakan di situ. Namun, kami tidak putus harapan. Mencari sekangkang kera tempat utk berteduh dan meletak barang-barang, itu pun sudah memadai. Alhamdulillah..dapat juga kami mencari tempat tapi kawasannya tidak strategik.
Berkat kesabaran dan tawakkal kami, juga disertai dgn niat yang baik, Alhamdulillah…akhirnya tempat yang strategik ditemui jua. Aisyah, Wani dan Faridha hanya berpesan supaya mengangkat barang-barang mereka, bimbang jika tempat itu ditinggalkan, nanti dikebas dek orang. Berangkat kami ke port baru, mereka bertiga sudah berada di dalam air. Blup! Blup! Blup!! (wehh..xaciii.. xtggu kami) Gumam aku.. Yang lain masing-masing bergegas memarking di port baru. Slps itu, mereka pun Blup! Blup! Blup! sekalila.. Indahnya saat waktu 2 hanya Allah yang tahu..
Kemeriahan KAMI sekawan berpesta air turut disertai oleh adik-adik pelajar yg dtg dari Kellompo, iaitu sebuah bandaraya di ibu negara Malaysia. Kata seorang guru yang mengawal dan menjaga mereka, “Jgn turun ramai-ramai sgt kt air laju tu, nanti klu jadi ape2 tak sempat nak selamat.” Tersenyum dia kepada kami yang melihat. Dapat saya bayangkan saatnya apabila penuntut-penuntut jurusan fakulti pendidikan menjadi guru satu masa nanti. Pasti kondisinya hampir serupa. Guru juga menjadi kanak-kanak apabila berada dalam kalangan kanak-kanak.
Agenda kami menapak setapak lagi kepada membantu Prof. Maza dan Datin syahirah menyediakan roti sandwich. Orang Kuat Syaza telah membantu dalam membuka tin sardine dan botol Mayoniss. Waktu tu, lapaq xkira dah.. Juadah kudapan dilengkapkan dgn hidangan Fresh Oren oleh pembancuh air kita Cik Dayah. Mmg btoi2 freshla oren tu. Tahniah Cik Dayah!! Manakala dekan Aisyah n dekan faridha msh dalam air…Uishhh..Lmanya..taula kempunan pun..
Tiba masa untuk meninggalkan KALUMPANG, rasa macam xnak balik pulak. Insyaallah..ada masa kami datang lg yer.. sempat juga aku menghulurkan tangan kepada Sang Sahabat, sebagai tanda selamat tinggal (tgn dia lembut sgt). Saya tengok dia menangis waktu nk berpisah 2..(hehe..tipu je)
Ternyata perjalanan pergi balik 4jam itu,bukan sesuatu yang sia2. Ada SESUATU yang KAMI dapat di situ. Jua duit yang kami keluarkan buat belanja ke sana dirasakan berbaloi..Alhamdulillah..moga ada lagi kesempatan bagi melalui saat-saat indah ini pada hari-hari mendatang..Insyaallah…
marvellous plus sumptious...:)
ReplyDelete