Saturday, October 24, 2009

DAPATKAH AKU BELAYAR MENCARI PENAWAR SEPI..??

Hati ku terluka kerinduan
Mencari wajah disebalik mata
Hati ku kusut kesepian
Tanpa cinta dari Dia

Dapatkah aku merindui Mu
Dalam takbir Al-Quran
Dapatkah aku mencintai Mu
Dalam tirai perjalanan

Telah ku teroka segala Rahsia
Walau mendung menunjuk hampa
Telah ku menoktahkan dalam lena
Walau mentari muncul bahagia

Dapatkah aku memburu Mu
Dalam segala kepahitan mengundang
Dapatkah aku melihat Mu
rindu mencengkam jiwa

Ke mana harus ku mengadu
Segala cinta didalam jiwa
Dapatkah aku memeluk Mu
Dalam lena tidur ku

Dapatkah aku sembah Mu
Dalam sujud diatas sejadah ku
Dimana kewujudan diri Mu
Tunjukkan kepada hamba Mu ini

Dimana tempat tepat Mu
Akan ku cari wajah Mu
Walaupun ku mati dalam penglihatan ini

Kerana diriMu
Aku belayar mencari penawar sepi

No comments:

Post a Comment