Sunday, December 4, 2011

CINTA BUKAN KEMESTIAN

Ada orang bercinta tetapi tidak berkahwin kerana jodoh mereka setakat itu sahaja. Begitu juga orang bertunang. 




Ada orang yang sempat berkahwin beberapa jam sahaja, setelah itu bercerai. dan ada yang tidak bercerai, tetapi  Allah menentukan bahawa umur jodohnya setakat ini sahaja. 


Hendak disalahkan siapa atas segala yang berlaku ini. 


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Qs. Ar. Ruum (30) : 21)

Cinta bukan kemestian untuk berkahwin. Ada orang bercinta selepas berkahwin. dan hidup bahagia sehingga hari ini.



Sabda Rasulullah SAW:


إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِى الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ. رواه الترمذي وغيره.


“Bila ada seorang yang agama dan akhlaqnya telah engkau sukai, datang kepadamu melamar, maka terimalah lamarannya. Jika tidak, niscaya akan terjadi kekacauan dan kerosakan besar di muka bumi.” (Riwayat At Tirmizy dan lainnya)

Sesetengah orang tidak sanggup diuji dengan sakitnya putus cinta. 

Dalam pepatah arab dinyatakan:


حُبُّكَ الشَّيْءَ يُعْمِي وَيُصِمُّ

Cintamu kepada sesuatu, menjadikanmu buta dan tuli

Berkurung di dalam bilik, tidak mahu makan tidak mahu keluar rumah. Merintih meratap dengan ujian yang sedikit, namun dia tak sedar bahawa dia adalah orang yang terpilih yang Allah tetapkan untuk menerima ujian ini.

KERANA ALLAH TAHU DIA MAMPU UNTUK MENGHADAPINYA

Kerana ujian yang perlu dihadapinya, maka Allah akan menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan yang lebih baik. Insyaallah..

4 comments:

  1. jangan penah mengungkap kata cinta kpd org yg bkn hak krn kita xtahu apa y bakal kita lalui pada esok hari..biarkan cinta bertasbih andai itu lebih baek.. tiada perkara yang akan terjadi melainkan tepat pada masanya dan tiada perkara yang tak kan terjadi jika itu sudah waktunya, kita menulis tetapi pemadam dan pembarisnya ada pada ALLAH...DIA lebih behak meminda dan mengukur mengikut ketetapannya.. kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...

    ReplyDelete
  2. hikmahnya ada disekeliling kt jk kita mampu utk melihatnya..positif utk sglanya..=)

    ReplyDelete