Saturday, December 3, 2011

CITA-CITA





Citanya ingin menjadi sehebat Saidatina Khadijah, namun dia tak tahu sama ada dia mampu atau tidak. Sehinggakan saat kematian Saidatina Khadijah pun, beliau masih lagi mahu berkhidmat untuk Islam. Allah...


SITI KHADIJAH. Beliau bersama Rasulullah SAW melalui onak dan duri dalam perjuangan dakwah.Beliau dicintai Rasulullah sehinggakan setelah beliau meninggal dunia, barulah Rasulullah berkahwin lagi.


Beliau melalui saat-saat sakarat ditemani suami tercinta, Rasulullah SAW. Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, beliau mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga teruja.


Katanya, ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?


Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. Allah memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.


Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Turut diceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat.


Allahumma
antassalam- waminkassalam


Wa ilaika ya’uudussalam


Fahayyina rabbana
bissalam


Waadkhilnal
jannataka daarassalam


Tabaa rakta
rabbana wa ta’alaita ya dzal jalali wal ikraam


Ya Allah,


Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.




SUMBER

No comments:

Post a Comment