Thursday, October 14, 2010

PENDEKATAN PSIKOLOGI KEPADA KANAK-KANAK

DIDIK MEREKA SESUAI DENGAN ZAMAN MEREKA

Zaman yang kita lalui sebagai kanak-kanak tidak sama dengan zaman yang dilalui oleh kanak-kanak sekarang. Jika kanak-kanak dahulu dididik dengan seribu kepayahan, tetapi kanak-kanak sekarang dididik dengan seribu kemewahan. Nak contoh?? Kanak-kanak dahulu tak perlukan upah jika disuruh melakukan sesuatu perkara, cukup sahaja dengan jelingan daripada ayah, terus dia akan menurut tanpa tapi2 lagi.

Tapi................
Kanak-kanak sekarang perlu peneguhan dalam melakukan sesuatu perkara, seakan akan ia merupakan satu keperluan kepada mereka. Mungkinla.......peneguhan tu dah menjadi keperluan kepada mereka pada zaman sekarang ni. Contohnya puasa..."Kalau Luqman puasa penuh, abah upah 100 hinggit.". Contohnyalah...

Begitu kanak-kanak zaman sekarang dididik dengan mudahnya untuk mendapatkan wang. Sedangkan pada zaman kita dahulu, kita dididik dengan susahnya untuk mendapatkan wang, sekalipun hanya sehinggit. Segala-galanya dah brubah mengikut zaman.




Mungkin cara peneguhan tersebut perlu diguna pakai dalam situasi tertentu kerana ini zaman mereka. Biar kita mengikut rentak mereka sebagai cara untuk kita mempengaruhi jiwa mereka. Mudah-mudahan, suatu hari nanti, segala peneguhan yang kita berikan akan terbalas dengan halusnya cerminan akhlak mereka. Insyaallah..

Ditanya tentang isu ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka dengan menggalakkan anak-anak kecil ini menyertai Rancangan Realiti TV Kanak-kanak, contohnya Bintang Kecil. Di mana kesedaran ibu bapa dalam usaha untuk membentuk generasi Islam pada masa hadapan?? Acuannya tidak begitu sesuai.

Mungkin mereka berbangga apabila wajah anak-anak mereka keluar di kaca tv dengan cara begitu. Apa salahnya jika mereka menggalakkan anak-anak mereka menyertai rancangan2 yang berunsurkan keilmuan spt Mari Mengaji. Sekali gus, ia dapat menyumbang kepada saham ibu bapa di akhirat kelak.

Namun, tidak banyak ibu bapa yang berfikiran sedemikian.

* to be continue......................................




No comments:

Post a Comment