Monday, September 14, 2009

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MICROSOFT EXCEL UNTUK DATA MARKAH PELAJAR:

Pertama sekali,klik pada program dan pilih pada microsoft office excel 2007.







Kemudian anda akan dapat melihat hamparan seperti berikut.

Seterusnya,sila isikan butir-butir pengenalan seperti nama guru yang mengajar,nama kelas dan nama sekolah.




Untuk bilangan pula,anda hanya perlu menaip angka 1 dan kemudian,letakkan cursor pada hujung kotak seperti rajah di bawah dan tarik ke bawah.






Kemudian klik pada anak panah kecil dan seterusnya klik pada fill series.


Seterusnya,isi nama pelajar,nama subjek, dan jumlah.



Bagi memasukkan column gred,anda perlu klik pada kotak sebelah sujek yang hendak digredkan.Lihat rajah di bawah.



Kemudian,taip gred pada column tersebut,seperti dalam rajah di bawah.


Anda dikehendaki melakukan langkah-langkah tadi sehingga subjek terakhir.




Kemudian,isi markah pelajar sehingga habis.



Bagi menentukan gred periksa,sila highlight pada markah dan gred seperti rajah di bawah dan klik pada formula,seterusnya define name dan isikan tempat kosong dgn GRED dan tekan ok.

Oleh itu,gred markah telah pun disetkan.



Setelah semua markah telah selesai diisi,anda boleh meneruskan langkah seterusnya iaitu dengan memasukkan gred markah.

Bagi menentukan gred markah bagi setiap subjek,anda perlu mempelajari tentang fungsi vlookup.

Anda perlu klik pada ruangan gred seperti yang tertera pada rajah di bawah.

Setelah itu,klik pada vlookup dan seterusnya ok.




Sementara itu,anda perlu mengisi lookup value,table array,col index number dan range lookup bagi memastikan proses ini selesai.

Kemudian,klik ok.



Kemudian,letakkan cursor pada hujung bucu seperti dalam rajah dan tarik ke bawah.

Anda akan dapati setiap markah telah mempunyai gred masing-masing.




Ulang langkah yang sama bagi setiap subjek lain bagi mendapatkan gred kesemua markah.

Hasilnya adalah seperti rajah di bawah.

Kemudian,tiba masa untuk mengira jumlah markah.

Bagi mengira jumlah markah,klik pada bahagian markah seperti dalam rajah di bawah.

Kemudian,di bawah menu formula,klik pada autosum.




Tarik hujung bucu sebelah kiri sehingga habis,kemudian klik pada autosum lagi sekali.

Anda akan mendapat jumlah markahnya.




Bagi memastikan bilangan pelajar yang mendapat gred A,B,C dan D pula,berlainan pula caranya.




Anda dikehendaki terlebih dahulu bilangan A,B,C dan D pada bahagian bawah markah pelajar.

Kemudian,klik pada column kosong di sebelah bilangan A,B,C atau D.

Kemudian,highlightkan seluruh markah dan gred bagi subjek Bahasa Melayu sahaja.

Bagi gred A,isikan "A" pada kotak bawah,bagi gred B,isikan "B" dan begitulah seterusnya.



SELAMAT MENCUBA...

2 comments: