Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

AKU HANYALAH NIKMAT DAN RAHMAT DARI TUHANKU~

Hari ini,berita tentang salah seorang sahabat yang dimasukkan ke ICU sejak 3 hari lalu sangat mengejutkan. Begitulah Allah mewarnai kehidupan kita, kadang ceria, kadang berduka. Berbaik sangkalah kepada Allah..

Sebagai manusia, kita tak tahu bagaimana bentuk ujian yang Allah ingin berikan kepada kita. Hari ini hari dia, mana tahu esok hari kita. Yang pasti, esok belum tentu milik kita.


Saat aku merenung langit cerah..melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa..tersenyum sendirian, Allah itu memang BAIK...

dan ketika ini..

✿~ ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..
✿~ ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama..
✿~ ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi..
✿~ ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka..
✿~ ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..
✿~ ada budak baru BELAJAR MEMBACA..
✿~ ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..
✿~ ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..
✿~ ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..

bermakna..indah..

tapi ketika ini..

✿~ ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..
✿~ ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..
✿~ ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..
✿~ ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..
✿~ ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..
✿~ ada yang BEKERJA 16 jam tanpa henti tiada habuannya..

pahit..perit..

imbas..

AKU DI SINI..

punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..
punya makanan tersedia untuk dijamah..
punya air bersih untuk bersiram..
punya masa untuk menulis ini.

*Kepada sahabat yang mengenali Nur Shuhailah Saad, minta tlg doakan utk kesembuhan beliau yang kini terlantar di Hospital Besar Kangar akibat penyakit yang tak dapat dikenalpasti.

Innalillahiwainnailaihiraji'un...

Thursday, May 24, 2012

LUKA MENJADI BARAH~

Mengimbau kenangan semasa kecil, mak dan ayah menjaga kami adik beradik dengan didikan yang bagi aku sangat sempurna. Sungguhpun mereka orang kampung yang ilmu agama setakat biasa-biasa saja, tapi mereka tak pernah mengabaikan pendidikan agama kepada kami adik beradik.


Pada usia 5 tahun, mak menghantar aku pergi mengaji muqaddam. Selalunya aku akan pergi bersama sahabat baikku, Mima. Kayuhla kami basikal mini bersama-sama, hujan atau panas tetap kami redah. Dan abang pula pergi bersama kawannya, Miron (abang kepada Mima).

Sesekali pulang dari mengaji, kami melepaskan stress dengan bermain di gelung air di bendang. Dah biasa bila lintah hinggap di kaki. Tapi sekarang, air bendang tidak seperti dulu. Dah tak jernih, ikan juga dah tak banyak.


Kehidupan sekarang dan kehidupan dahulu sangat jauh berbeza. Ada antara mereka sudah tidak kenal apa itu selut bendang, sedangkan dari bendang itulah keluarnya barang sebutir dua biji padi untuk alas perut datuk nenek dahulu.

Kanak-kanak dahulu, jiwanya kental. Sesekali dimarah mak dan ayah itu sudah menjadi kebiasaan. Namun, pentingnya bagi ibu bapa mengetahui bahawa tidak semua perkara dapat dihalang dengan memarahi anak-anak. 

Anak-anak keluar bermain jerami padi, mengapa perlu dimarahi, itu fitrah mereka. Membesar sebagai anak kampung!

Sayu hati aku ketika melihat anak saudaraku dipukul ayahnya disebabkan menyebabkan adiknya terjatuh. Kalau manusia mengetahui hakikat sebenar dalam diri kanak-kanak, mereka tidak akan sanggup memukul anak mereka dengan pukulan yang aku kira melampau. Allah...

“Maka kerana rahmat Allah-lah engkau bersikap lembut terhadap mereka. Seandainya engkau bersikap kaku dan keras hati, tentu mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali ‘Imran: 159) 

Luka itu, akan menjadi barah dalam diri kanak-kanak apabila dia besar nanti. Kanak-kanak 9 tahun, umur itu sudah cukup dewasa bagi kanak-kanak untuk mengingati apa yang telah dilakukan kepadanya di zaman kanak-kanaknya.

Kasih sayang terabai, itu juga akan menjadi barah yang membengkak suatu hari nanti!


Al-Aqraa bin harits melihat Nabi Muhammad SAW. mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata, Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka. Rasulullah bersabda, "Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, nescaya dia tidak akan di sayangi."

Ada ibu bapa yang membeza-bezakan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Itu juga bakal menjauhkan anak-anak daripada mereka suatu hari nanti.

Nauzubillahi min zalik!

"Andai suatu masa nanti, 
tidak ada lagi manusia yang menyayangimu, 
ingatlah bahawa Allah masih ada untuk kamu.."

*ada sesuatu berbekas di hati~

Monday, December 5, 2011

BARU SEDIKIT DIUJI...



Baru sedikit diuji, mulut sudah tak mampu berbicara

Baru sedikit diuji, peritnya sehingga ke tulang dalam
Baru sedikit diuji, semangat sudah mula hilang
Baru sedikit diuji, kaki sudah tak mampu melangkah
Baru sedikit diuji, telinga sudah tak mampu mendengar
Baru sedikit diuji, mata sudah tidak mampu terpejam
Baru sedikit diuji,selera sudah tidak ada
Baru sedikit diuji, hati sudah mula merungut
Baru sedikit diuji, fikiran sudah mula melayang


Namun..
Aku percaya ujian ini tak sia-sia. Pasti ada sinar yang menanti di hadapan. 


KERANA AKU ORANG YANG TERPILIH!

Saturday, December 3, 2011

J.A.DI.L.A.H. D.I.R.I. S.E.N.D.I.R.I

Fitrah manusia inginkan kesempurnaan dalam hidupnya. Melihatnya manusia kaya, hati mula berdetik bestnya kalau diri sekaya itu, melihat manusia cantik, hati berkata kalaulah aku secantik itu..

Kekayaan, kecantikan, kemewahan harta yang dibangga-banggakan itu hanya sementara kerana ia hanya pinjaman dari Allah. Tanpa manusia sedar, segala nikmat sementara itu hanyalah ujian dari Allah.

Ada manusia yang sanggup berubah demi kelihatan cantik seperti orang lain.

Meniru fesyen pakaian untuk kelihatan menawan. Berbaloi kah? Sehelai demi sehelai pakaian longgar menutupi badan jatuh dihakis angin barat.

Baju kurung tak up to-date lah.

Alah..pakai seluar pun tutup aurat jugak. Napa nak bising.

Pakai selendang baru up to-date.


Mampukah kita untuk terus bertahan. atau menjadi seperti mereka.

"Ya Allah..kuatkan hati kami bagi menempuh segala ujian akhir zaman ini.Amiin.."

Thursday, December 1, 2011

S.E.S.E.K.A.L.I. D.I. U.J.I

Segala duka, resah, riang dan gembira adalah perasaan yang Allah anugerahkan untuk insan yg bergelar manusia. Kadang manusia gembira tanpa sebab, dan boleh jadi juga manusia bersedih tanpa sebab. Hanya mereka yang memahami yang akan mengerti.

Namun, satu yang kita perlu ingat, semua ini anugerah Allah untuk kita. Bagi menguji sejauh mana pengharapan kita kepada-Nya di kala susah dan senang. Andai diiuji katakan, "Ya Allah.. Aku redha dengan ujian-Mu. Moga dengan ujian ini dapat menjadikan aku hamba yang kuat untuk berhadapan dengan ujian-Mu di masa hadapan." Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang direncanakan untuk kita.

"Ya Allah..kurniakan kepada kami keberkatan daripada rezeki yang kami makan dan cukupkanlah rezeki yang Engkau berikan kepada kami. jdikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur. Amiin.."

Saturday, June 25, 2011

UBAT HATI, UBAT JIWA

Sungguh terkesan dengan apa yang telah disampaikan oleh ustaz Asri. Moga kita terus tetap berada di atas landasan yang benar. Amiin..

Tuesday, June 21, 2011

LA TAHZAN!

Gambar dari p.cik Google!



Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan
kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa
tenteram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan
padamkan bara jiwa dengan air keimanan..

Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera.
Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakkal. Hanya kepada-Mu kami
memohon, dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau
sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan
Penolong.

Orang yang berfikiran jernih tidak akan pernah 
menoleh ke belakang. Kerana.. angin akan selalu berhembus ke depan, air
akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala
sesuatu bergerak maju ke depan. Dengan itu, janganlah pernah melawan sunah
kehidupan!

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka, aku tidak
akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah
dugaan. Aku juga tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana
esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum
diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

{Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar
disegerakan (datang)nya.}
(QS. An-Nahl: 1)


Petikan daripada La Tahzan.


Monday, May 23, 2011

Standing In The Eyes Of The World


Pahit getir hidup... dan pengorbanan

Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah



( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"



Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Sebenarnya skrg ni bukan nak cakap tentang Ella, Walaupun suara Ella agak unik (serak-serak basah gitu).haha. Cuma bila hayati bait-bait lagu ni, ada msj yang nak disampaikn sebenarnya. Lagu ni dapat meningkatkan motivasi kita untuk berusaha mencapai matlamat dan tujuan hidup. Untuk apa kita masuk universiti, duit yang mak ayah dah habiskn untuk kita di sini, susah senang hidup di perantauan, asam garam dalam persahabatan, hubungan kita dengan Pencipta, hubungan kita dengan masyarakat dan alam di sekeliling kita. Semua ni adalah guru yang banyak mendidik kita di saat kita mula bertatih untuk mengenali makna hidup.

Sebagai insan yang sedang bertatih, kita harus bersedia untuk menerima bahawa sesekali kita akan terjatuh dan perlu berusaha untuk bangun sendiri. Jangan jadi macam ular yang tak pernah berusaha untuk berdiri tinggi.

Saturday, April 9, 2011

BELAJAR MENGHARGAI ORANG DI SEKELILING KITA..


Setiap Rumah Yang Dibina, Pasti Akan Ada Tiang. Fungsinya Bagi Menguatkan Kedudukan Rumah Agar Tidak Runtuh Jika Ditiup Angin Tau Dilanda Banjir. Hakikatnya, Manusia Hanya Merancang Yang Terbaik Untuk Mendapatkan Hasil Yang Terbaik. Sungguhpun Kita Melihat Seni Ukir Yang Terdapat Pada Rumah Itu Sangat Cantik, Tapi Jangan Dilupa Kpd Asasnya Iaitu Tiang Yang Dipasakkan Ke Bumi. Tanpa Tiang, Walaupun Kedudukan Tiang Di Bawah, Tidak Mungkin Rumah Itu Dapat Berdiri Dengan Sendiri.

Begitu Juga Dengan Kehidupan Masyarakat Yang Saling Memerlukan. Tak Mungkin Seseorang Ketua Dapat Melangkah Dengan Lebih Maju Tanpa Adanya Sokongan Daripada Anak Buahnya. Kesemuanya Saling Memerlukan. Dalam Sesuatu Organisasi, Pentingnya Seorang Ketua Menghargai Anak Buahnya. Point Di Sini Ialah Kita Belajar Untuk Mengahargai Orang. Jangan Bila Dapat Dapat Kesenangan Hasil Dari Usaha Bersama, Kita Jadi Alpa Dengan Nikmat Yang Sementara. Perbuatan Tersebut Tidak Lain Hanyalah Merugikan Diri Sendiri. 

Aku Rela Membantu Di Sebalik Tabir Dari Menjadi Orang Yang Alpa Dengan Nikmat Sementara Itu.. 

Salam Imtihan..:)

Monday, March 28, 2011

PERJUANGAN


Perjuangan itu perit dan mengerikan

Hebat dan dahsyat menggerukkan hati

Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 

Bagi mukmin di sini harga dan nilainya


Perjuangan itu bagai sampan di laut

Di atas lapang tiada perlindungan

Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang 
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian 
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa


Sesekali bila rasa down
Teringat patik kepada lagu ni
Sekurang-kurangnya ia dapat juga mengubati hati kita
Kalau tak banyak, sikit pun jadila..

Friday, March 25, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama dah tak menjenguk blog ni (sambil membuang sawang labah-labah yang melekat di widget-widget). Apa yang berlaku dalam kehidupan semenjak dua tiga minggu kebelakangan ini memaksa jari untuk menuliskan sesuatu dalam ruangan ini. Bukan untuk meminta simpati, sekadar berkongsi mana yang baik dan menyahkan apa yang tidak baik.

Kata orang, apa yang kita lalui seharian, itulah sebenarnya guru terbaik bagi kita meneruskan kehidupan yang lebih mencabar pada hari-hari mendatang. Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu untuk lalui semua ni, tapi Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kadang-kadang rasa tak mau teriak, tapi apakan daya, makin ditahan makin sakit. Tapi tak lama, syukur ada sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong. Hidup mana yang tak ditimpa masalah.. (hang tu yg manja. Ishhh!!xla..adaka pulakk..^_^)

Mula-mula, walaupun esaimen makin menimbun, penulis masih relaks lagi. Tapi kehidupan hr tue agak mencabar. Tak sanggup nak menoleh ke belakang lagi.

Kronologi peristiwa:

Rabu:23 Mac ‘11 0930 pagi
Teringat penulis kepada kedai borong yang dikatakan oleh seorang senior. Konon-kononnya, murah hati untuk memberikan sponsor kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Dengan menaiki MODENAS KRISS KAW 4215, kami menuju ke sana. Masuk saja ke dalam kedai 2, barang kat situ agakla murah tapi agakla kotor. Dengan anjing-anjing yang bebas berkeliaran. (Jauhkan diri daripada kami!!) Bertanya kepada pekerjanya, “Encik, boleh kami jumpa dengan bos?”. Dia jawab, “Boleh..(ramah sekali). Masuk saja ke dalam ofis, dengan fail lutsinar yang penulis pegang, dah nampak dah lambang UKM yang terdapat pada paperwork OPKIM PIBA. Hmmm.. Baru nak buka mulut, “Kamu pelajar dari UKM kah?. “Ya kami dari UKM”. “Maaf, peruntukan kami untuk pelajar-pelajar yang nak mintak sponser dah out of budget, jadi kami tak boleh bagi”. “Ooo..k2..terima kasih”. Merah padam muka kami selepas keluar, kelu lidah masing-masing. Bukanla menjadi masalah bila permohonan sponser kami tak diterima (walaupun masalahla jugak), tapi… cara dia menolak kami membuatkan down terus semangat kami. Balik tu, masing-masing diam menyepi. Semangat dah luquh dalam kedai tadi. (makkk)

1030 pagi
Makan sat di KTAMS (kata orang makan ni boleh hilangkan tekanan^_^)

1200 t/hari
Menemani pemilik KAW 4125 ke meeting OPIBA ’11. Lama juga meeting tue, tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dah menjadi adat kebiasaan, hidup mana yang tak ditimpa masalah. Begitu juga dengan OPIBA ni. Yang penting, kamu semua tidak sendirian!!!!

200 ptg
Pergi ke PTSL. Sebab nak cepat, last2 kena tahan dgn p.cik polis! Surat saman diberikan tanpa muka belas kasihan=( Pergi ke Wisma Aman, p.cik polis tu bg diskaun. Puas mintak diskaun lg skit tp dy xbagi. Ujian akhir sem..Moga segala penat lelah ini akan terbalas. Amiin..

Bukan nak menceritakan tentang hal ehwal kehidupan, tapi cuma nk bgtau kadang2 sampai satu hari 2 kita rasa down sgt2. Waktu ni kita mesti ingat bahawa Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu nk hadapi. Dan kadang2 kita tak dapat apa yang kita ingini, tapi Allah sentiasa tahu apa yang kita perlukan. Jadilah kita hamba yang redha..Insyaallah..

Teringat pada hasil tulisan Ust. Hasrizal dalam bukunya Secangkir Teh Pengubat Letih , mengalami tekanan emosi adalah sesuatu yang normal dalam kehidupan kita terutama dalam diri anak muda.
Ada yang kerana cinta
Ada yang kerana pelajaran
Ada yang kerana dakwah 
Malah, ada juga yang tidak pasti apa sebabnya...

Dan pesanannya, "Carilah damai untuk diri sendiri. Khususnya buat anak muda yang berjiwa dai'e, yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai oleh minda, emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi..hanya kamu dan Dia..tiada yang ketiga.."

Selamat mencari damai dan tenteram jiwa wahai anak muda!!!!

Friday, January 14, 2011

Sweet Sour of Life..!!

Kita pohon kekuatan, Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat.
Kita pohon keteguhan hati, Allah beri masalah untuk diatasi.
Kita pohon keyakinan, Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.
Kita pohon cinta, Allah berikan insan yang tulus ikhlas menyayangi dan mengasihi kita.
Kadangkala kita xdapat apa yg kita ingini, namun kita sentiasa dapat apa yg kita perlukan..

Begitulah diibaratkan mujahadah dalam menghadapi hari-hari dalam hidup.
Adakalanya kita berada di atas, dan adakalanya kita berada di bawah.
Adakalanya kita berasa jauh ketinggalan di belakang, tapi Allah tahu kita mampu untuk hadapi semua ini.
Adakalanya kita rasa diri ini tidak sehebat mana, namun Allah tahu di mana kekuatan kita.
Adalakalanya, manusia berputus asa, namun itulah sebenarnya meneguhkan hati kita utk menjauhi sifat lemah.


Dan adakalanya, Allah mengambil apa yang kita sayang, kerana Dia nak gantikan yg lbh baik daripada itu.. 
Kepada semua rakan blogger, tabahkan hati hadapi ujian dalam hidup..

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.

Tuesday, January 11, 2011

KEJATUHAN MORAL DAN PENINGKATAN INTELEKTUAL


11/1/11-Masjid UKM
Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana pd mlm ini, rohani terisi lagi. Gandingan yang hebat antara 3 panelist, iaitu Ust. Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam), Ust. Khairul Khuzairi, dan Ust. Mohd Idris Mohd Yusoff.Walaupun tajuknya bukan berkaitan dgn tajuk cinta spt mna yg terdapat pada buku2 yg dikarang oleh Saiful Islam, namun Alhamdulillah.. forum ini mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar  UKM dan masyarakat di sekitarnya.  
Berdasarkan forum yg telah dianjurkan ini, saya dapat melihat bahawa moral masyarakat pada zaman sekarang telah kembali kpd moral masyarakat Jahiliyyah pada zaman dahulu bahkan lebih teruk drp itu. Iaitu mereka bukan tidak bijak tetapi, mereka ketandusan nilai-nilai moral. Mereka hebat dalam bidang ekonomi (perniagaan), tetapi kemewahan yang mereka ada itu  membutakan hati mereka.

Ia adalah persoalan berkaitan akidah masyarakat pada ketika itu. Namun jika diteliti, moral masyarakat sekarang lebih teruk daripada moral masyarakat zaman Jahiliyyah dahulu. Mereka lupa kpd nilai2 keinsanan yg perlu ada pada diri setiap Muslim.
Pada pengakhiran forum ini, Ust. Hasrizal meninggalkan sebuah persoalan untuk kita renungkan bersama. Iaitu:
Semakin bertambah keintektualan, Semakin rendah nilai kemoralan. Mengapa?? Persoalan ini perlu kita renungi bersama-sama ke dalam diri kita. 

Wallahu’alam…

Wednesday, January 5, 2011

DAHULU LAIN SEKARANG LAIN




         VS




Takut menghadapi cabaran dunia sekarang,apatah lagi kepada yang bakal bergelar guru. Tadi, ketika sedang melayari laman Facebook, tiba-tiba terjumpa fb seorang kanak-kanak perempuan yang masih lagi muda remaja yang tidak segan silu meng'upload'kan gambarnya tanpa sehelai benang pun di badannnya ke dalam picture albumnya. 

Bagaimana nasib anak bangsa kita 10 thn akan datang kalau begini caranya.Saya memanggilnya kanak-kanak kerana dia masih seorang budak hingusan yang tidak dpt membezakan antara baik dan buruk. Hatta, si Kecil Muhammad Wafiy (anak saudara) pun tahu apa ertinya malu,inikan pula seorang kanak-kanak dewasa. Adakah segala kecacatan ini berpunca dari kegagalan guru utk mendidik atau kegagalan ibu bapa dalam memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.

Kenapa dunia sekarang berbeza dgn dunia dahulu? Kerana dahulu,kami dapat merasai bahawa bukan mudah utk memperoleh sesuatu yang kami ingini, melainkan dgn usaha yang gigih. Sedangkan sekarang, mereka dengan mudahnya memperoleh apa yang mereka ingini. Hidup dalam seribu kemewahan.
 
P/S: Kepada sesiapa yang bakal berkahwin, didiklah anak-anak dengan didikan agama dan kasih sayang yang secukupnya. Jangan biarkan mereka hidup terumbang ambing ibarat kapal tanpa nakhoda..

Wallahu'alam...

Saturday, November 6, 2010

Aku Ini Siapa..??!!

Puisi ini adalah hasil karya:

Ustaz Asri Zainal Abidin
 



Dipetik dari: http://drmaza.com/

Saturday, August 14, 2010

Menangislah Wahai Hati...


Kadang kala manusia merasakan bahawa dia telah melakukan yang terbaik utk sahabat-sahabatnya. Namun, sesempurna mana pun percaturan manusia, percaturan Allah adalah lebih baik. Bukan mudah utk kita memuaskan hati semua pihak. Keakraban yang tampak jelas pada zahir belum mampu menjamin manisnya sebuah ukhuwah, eratnya sebuah simpulan persahabatan.

Sabar bermaksud hati teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Allah ada merakamkan kata-kata satu kaum yang menidakkan sabar dan berputus asa dengan rahmat Allah.
Firman-Nya yang bermaksud:
“Sama saja kepada kita, sama ada kita menggelisah, mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (daripada azab itu).” (Surah Ibrahim, ayat 21)
Sering kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah hingga kadangkala kita sudah tidak mampu mendengar perkataan sabar apabila terlalu sering diulang oleh taulan yang tidak tahu memikirkan jalan penyelesaian masalah dihadapi.
Banyak kali pula kita meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam kehidupan, ketika mereka sudah tidak ingin mendengar lagi apa yang ingin kita katakan kerana tekanan perasaan.
Menurut Dr Mohd Yusuf Al-Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran kerana kalimah itu sering disebut dalam kitab suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah mengajar manusia mengenai iman tetapi juga surah yang menerangkan cara hidup manusia mukmin.
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumud Din, ada melebihi 74 kalimah sabar dalam al-Quran. Sementara Ibnu Qayyim dalam kitabnya Madarij As Salikin, memetik daripada Iman Ahmad menerangkan sabar dalam Al-Quran disebut melebihi 94. Walau berapa pun jumlahnya, sifat sabar tetap dianggap antara sifat mahmudah yang boleh mendorong seseorang menjadi insan bertakwa.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. Dan bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah, dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” (Surah an-Nahl, ayat 126)
Aku bukanlah sesiapa. Hanya seorang insan yang mendamba redha Allah dan redha manusia di sekelilingku. Sesungguhnya aku ingin sekuat Siti Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w dalam bersabar...



*wallahua'lam...

Friday, July 23, 2010

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci...

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.


Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.



Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.



Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

www.iluvislam.com

Saturday, January 23, 2010

Ujian yang Datang Sebagai Tarbiah Untuk Hati..

Firman Allah subhanahuwata'ala dalam kitab-Nya yang mulia.. dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.."

Sungguh, kadang hati ni merasakan betapa brt ujian yang Allah berikan kepadaku. Namun, apabila teringatkan firman Allah ini, hatiku terubat kembali..

Betapa Allah kasih kepada hamba-Nya. Ujian yang datang adalah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

Hidup jauh dari keluarga adalah satu ujian buatku. Kata ibuku, "Sunnahla.. org merantau utk mencari ilmu."

Apa pun..pilihan dah dibuat.Dan andai dtkdirkan aku terkorban di medan ini, maka aku bersyukur kerana syahid di jalan Allah..


Saturday, January 16, 2010

Biarlah Mereka Yang Mengikut Cara Kita..Bukan Kita Yang Mengikut Cara Mereka..!!

Mereka..

tidak mengetahui ilmu agama spt mn kita tahu..
































tetapi..

mengapa kita yg msti mjdi seperti mereka..

Jadilah spt mn fitrah diri manusia itu sndri..































Untuk apa mnsia melakukan kerosakan ats dri sndri..??


















Sungguh akhlak yang mulia itu meninggikan darjat seseorang di sisi Allah, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Sesungguhnya seorang Mukmin dengan akhlaknya yang baik, akan mencapai darjat orang yang shaum (puasa) di siang hari dan solat di tengah malam.”