Wednesday, May 18, 2011

TERIMA KASIH..TERIMA KASIH..TERIMA KASIH...

Bukan mudah utk kita berjumpa dengan sahabat yang sanggup bergelak ketawa dan bersedih bersama kita. Tiba-tiba diri ni rasa bertuah kerana dipertemukan dengan insan seperti itu. Kita tak dapat memberi jaminan pada diri kita bahawa hidup kita selalunya gembira tiada masalah. Adakala ujian yang menimpa kita membuatkn kita belajar untuk menghargai insan-insan yang hampir dengan kita. Menjaga kita ketika lemah tak berdaya.


Terima kasih kepada SYAHIRAH..


Terima kasih AISYAH puteri ABU BAKAR..


Terima kasih SYAZWANI kerana tolong melihat..:)


Saya percaya tidak ramai insan yang bergelar sahabat mampu melakukan apa yang mereka lakukan. Disaat saya muntah, dia yang membasuhkan kembali cadar.. Di saat saya tidak dapat bertahan, dia mengurutku sehingga tertidur dalam kesakitan. Terasa seperti tangan mak yang sedang mengurutku.. Di saat org lain tidak mampu melihat, dia melihat dari jauh.. Mgkin sebagai tanda simpati.. Cukupla tu..:)


Alhamdulillah.. mereka masih berada di sisi ketika saya terbangun.. Sakit-sakit itu terus hilang..


Terima kasih sekali lagi...

No comments:

Post a Comment