Kalaulah mak tahu ada orang hina anak mak ni, tentu mak rasa sedih kan. Sebab mak membesarkan saya dengan didikan yang cukup. Takda cacat cela. Marah mak sebab sayangkan anak-anak mak. Kecik-kecik dulu kan nakal. Kalau time merajuk, saya akan bawak diri duduk di bawah sepohon pokok putat. Ala pokok yang orang buat ulam tue. Konon-konon tiru cerita dalam dramala tue.. Last-last,ayah jugak yang pujuk sebab mak sibuk jaga adik kecik. Biasela budak-budak, rasa tersisih bila orang kurang bagi perhatian kt dia. Itulah saya dulu-dulu. Tapi kat sini siapa yang nak pujuk anak mak ni. Takpa.. Syahirah ada. Dapat tengok dia senyum pun okla walaupun tak dapat membantu.. Jangan maqah na Syairah.
Firman Allah:
Firman Allah:
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)
Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa:
Maksudnya :
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku).”
Kalaulah mak tahu macam mana susahnya anak mak nak survive hidup di perantauan ni, tentu mak dh panggil balik dan tak bagi datang sini balik kan. Itu andaian saya je. Tapi mungkin tak kot. Sebab mak nak saya habiskan belajar di sini. 2 tahun je lagi.. Ok mak..
Asyik mak jer..Ok ayah pulak.
Kalaulah ayah tahu yang anaknya ini selalu tringatkan dia, tentu hari-hari ayah telefon untuk dengar suara anaknya ni. Kebiasaannya ayah akan telefon saya, bertanya khabar dan lepas tu ayah akan kata, "Takpala macam tu, ayah telefon nak dengar suara anak ayah ja." Saya memang agak rapat dengan ayah. Selalunya kalau merajuk, ayah yang pujuk. Kadang-kadang mengadu kt tok. Nasibla tok ada. Mak jarang nak pujuk Mungkin mak tak tunjuk kasih sayang dia tapi saya tahu mak sayang. Tengok redup mata mak pun saya dah tahu.
Tapi pernah sekali mak pujuk saya. Bila saya menangis waktu telefon mak. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Awat cek..?? Panjang crtanya. Isk..isk..isk...
Wallahu 'alam.
ni kes nak balik dh la nih..huwaaa..jeless..hahha..balik elok2..krim slm kat org kg n bakal kak..hahhahaa
ReplyDeletehehe..jom2..cosmicccccccccccccccc!!nanti kau!!
ReplyDelete