Bahawasanya Rasulullah s.a.w berpesan bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan. Dan apabila kita berasa tenteram melihat kebaikan seseorang, maka yakinkanlah hati dan berdoalah mudah-mudahan dia adalah jodoh kita.
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tak diharapkan (Aku Terima Nikahnya; Ust Hasrizal Abdul Jamil@ saifulislam.com)
Gambar hiasan
Biarpun seseorang lelaki dan perempuan itu telah bertunang, namun hakikatnya ikatan tersebut masih lg tidak menghalalkan pergaulan mereka. Sungguhpun mereka sudah terikat, namun tempoh pertunangan ini sebenarnya merupakan cabaran yang besar bagi mereka. Mana tidaknya, berapa ramai yang dapat kita lihat pada hari ini, mereka yang bertunang keluar bersama, berpegangan tangan seolah-olah sudah mempunyai ikatan yang sah. Berapa ramai kah yang dapat menghadapi cabaran ini dengan iman yang dipasakkan di dada. Sama-sama kita muhasabah diri...Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.”
(Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair).
No comments:
Post a Comment