Lama dah tak menjenguk blog ni (sambil membuang sawang
labah-labah yang melekat di widget-widget). Apa yang berlaku dalam kehidupan
semenjak dua tiga minggu kebelakangan ini memaksa jari untuk menuliskan sesuatu
dalam ruangan ini. Bukan untuk meminta simpati, sekadar berkongsi mana yang
baik dan menyahkan apa yang tidak baik.
Kata orang, apa yang kita lalui seharian, itulah
sebenarnya guru terbaik bagi kita meneruskan kehidupan yang lebih mencabar pada
hari-hari mendatang. Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu untuk lalui semua
ni, tapi Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Kadang-kadang rasa tak mau teriak, tapi apakan daya, makin ditahan makin
sakit. Tapi tak lama, syukur ada sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong. Hidup
mana yang tak ditimpa masalah.. (hang tu yg manja. Ishhh!!xla..adaka
pulakk..^_^)
Mula-mula, walaupun esaimen makin menimbun,
penulis masih relaks lagi. Tapi kehidupan hr tue agak mencabar. Tak
sanggup nak menoleh ke belakang lagi.
Kronologi peristiwa:
Rabu:23 Mac ‘11 0930 pagi
Teringat penulis kepada kedai borong yang dikatakan
oleh seorang senior. Konon-kononnya, murah hati untuk memberikan sponsor kepada
pelajar-pelajar yang memerlukan. Dengan menaiki MODENAS KRISS KAW 4215, kami
menuju ke sana. Masuk saja ke dalam kedai 2, barang kat situ agakla murah tapi
agakla kotor. Dengan anjing-anjing yang bebas berkeliaran. (Jauhkan diri
daripada kami!!) Bertanya kepada pekerjanya, “Encik, boleh kami jumpa dengan
bos?”. Dia jawab, “Boleh..(ramah sekali). Masuk saja ke dalam ofis, dengan fail
lutsinar yang penulis pegang, dah nampak dah lambang UKM yang terdapat pada
paperwork OPKIM PIBA. Hmmm.. Baru nak buka mulut, “Kamu pelajar dari UKM kah?.
“Ya kami dari UKM”. “Maaf, peruntukan kami untuk pelajar-pelajar yang nak
mintak sponser dah out of budget, jadi kami tak boleh bagi”.
“Ooo..k2..terima kasih”. Merah padam muka kami selepas keluar, kelu lidah
masing-masing. Bukanla menjadi masalah bila permohonan sponser kami tak
diterima (walaupun masalahla jugak), tapi… cara dia menolak kami membuatkan down
terus semangat kami. Balik tu, masing-masing diam menyepi. Semangat dah luquh
dalam kedai tadi. (makkk)
1030 pagi
Makan sat di KTAMS (kata orang makan ni boleh
hilangkan tekanan^_^)
1200 t/hari
Menemani pemilik KAW 4125 ke meeting OPIBA ’11. Lama juga
meeting tue, tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dah menjadi adat
kebiasaan, hidup mana yang tak ditimpa masalah. Begitu juga dengan OPIBA ni.
Yang penting, kamu semua tidak sendirian!!!!
200 ptg
Pergi ke PTSL. Sebab nak cepat, last2 kena tahan dgn
p.cik polis! Surat saman diberikan tanpa muka belas kasihan=( Pergi ke Wisma
Aman, p.cik polis tu bg diskaun. Puas mintak diskaun lg skit tp dy xbagi. Ujian
akhir sem..Moga segala penat lelah ini akan terbalas. Amiin..
Bukan nak menceritakan tentang hal ehwal kehidupan,
tapi cuma nk bgtau kadang2 sampai satu hari 2 kita rasa down sgt2. Waktu ni kita
mesti ingat bahawa Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu nk
hadapi. Dan kadang2 kita tak dapat apa yang kita ingini, tapi Allah sentiasa
tahu apa yang kita perlukan. Jadilah kita hamba yang redha..Insyaallah..
Teringat pada hasil tulisan Ust. Hasrizal dalam bukunya Secangkir Teh Pengubat Letih , mengalami tekanan emosi adalah sesuatu yang normal dalam kehidupan kita terutama dalam diri anak muda.
Ada yang kerana cinta
Ada yang kerana pelajaran
Ada yang kerana dakwah
Malah, ada juga yang tidak pasti apa sebabnya...
Dan pesanannya, "Carilah damai untuk diri sendiri. Khususnya buat anak muda yang berjiwa dai'e, yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai oleh minda, emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi..hanya kamu dan Dia..tiada yang ketiga.."
Selamat mencari damai dan tenteram jiwa wahai anak muda!!!!
No comments:
Post a Comment