Sunday, January 9, 2011

JATUH BANGUNNYA KERAJAAN BANI UMAYYAH




7/1/2011- Jumaat

Terujanya kami pabila msuk Kuliah SEJ.TAMADUN ISLAM.
Agak menarik sebenarnya. Sejak 2007 dahulu saya meninggalkan sejarah. Lupa ttg asal usul kerajaan Islam yg sepatutnya wajib diketahui oleh setiap yg bernama Muslim. Jom kita tgk serba sedikit ttg Kerajaan Bani Umayyah:

Kerajaan Bani Ummaiyyah merupakan kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga kaum Quraisy Makkah. Bermulanya pemerintahan kerajaan ini adalah pada dari tahun 661 M sehingga tahun 750 M.

Gemilang dan terbilangnya kerajaan ini dilihat pada:

*    Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.
*    Penguasaan ilmu pengetahuan.
*    Ekonomi yang stabil.
*    Perhubungan baik antara kerajaan dan rakyat.
*    Organisasi ketenteraan yang kuat.
*    Semangat jihad yg tinggi.

Antara sumbangan yg blh dilihat pada pembentukan kerajaan ini adalah:

o Cordova berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di eropah.
o Mengasaskan pusat pengajian tinggi.
o Menubuhkan perpustakaan.
o Mengembangkan ilmu ke bandar lain.
o Menghubungkan dunia islam ke eropah.

Jatuhnya Kerajaan Bani Umayyah ini adalah disebabkan oleh byk faktor. Antaranya adalah:

o Sikap beberapa pemerintah yg mengabaikan ajaran islam.
o Kemewahan hidup menyebabkan khalifah lalai drpd melaksanakan tugas & tanggungjawab.
o Kepincangan pemimpin telah melahirkan sikap tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
o Sikap pemerintah yang mementingkan diri sendiri
o Sikap pemerintah yg terpengaruh dengan dunia.
o Pemilihan pemimpin tidak mengikut syura.
o Penentangan ulama terhadap pemerintah.
o Pemerintah yg dilantik tidak layak.
o Golongan mawali telah didiskriminasi seperti dalam penjawatan.
o Sistem pelantikan khalifah secara warisan ditentang.
o Golongan mawali dikenakan cukai yang tinggi.
o Muncul golongan syiah dan khawarij.


Kronologi Peristiwa yg berlaku pd zaman Kerajaan Bani Ummayyah:

Ø  661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Ø  670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
Ø  677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
Ø  680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
Ø  685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
Ø  700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
Ø  711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
Ø  712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
Ø  713M- Penaklukan Multan.
Ø  716M- Serangan ke atas Constantinople.
Ø  717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
Ø  725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
Ø  749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
Ø  750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

No comments:

Post a Comment