Friday, July 23, 2010

Cinta Si Burung Layang-layang..

Kisah ini diambil drp seorang sahabat yang baru saja dikenali..Tertumpah juga air mata ini lantaran kisahnya yang menyayat hati...


Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan. Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.




Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..




Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..





Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..





Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..




Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya, Hidup menjadi sepi...




Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk Nya..


Manusia bagaimana?


Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...
kita manusia..... ???


Perpisahan itu tidak semudah yang diungkapkan..Sekalipun kita mengatakan kita membencinya, namun jauh di sudut hati, kita masih memerlukannya..Hargailah sesiapa sahaja di sekeliling anda kerana sekali kita kehilangannya, selamanya kita akan menyesal..


Dan selaku manusia, aku juga tidak pernah lari daripada berselisih dengan sahabatku..Sama-samalah kita memperbaiki kembali hubungan kita sesama manusia dan yang paling penting, hubungan kita dengan Allah..




Akhir kalam dariku, jgnlah kalian mensia-siakan orang disekeliling yang menyanyangi kalian terutama sekali kedua ibu bapa yang tidak pernah jemu dalam mendidik kalian agar menjadi manusia yang berguna pada mata masyarakat, agama dan Pencipta kita..


Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment