Sunday, December 27, 2009

JIKA IMAN SENIPIS KULIT BAWANG...

Dikisahkan dahulu pada zaman Rasulullah, adalah seorang wanita yg sangat cantik telah melakukan zina, dosa besar yg terkutuk.

Maka sangatlah dia menyesal dgn perbuatannya dan ingin sekali bertaubat. Berjumpalah ia dgn Rasulullah sambil menangis teresak-esak bercerita dan menyatakan kesdiaannya untuk menerima apa saja hukuman kerana dia betul-betul ingin bertaubat pada Allah.

Maka Rasulullah pun menyebatlah perempuan itu. Ditakdirkan Allah, perempuan itu meninggal dunia selepas disebat.

Maka Rasulullah memanggillah para sahabat untuk menyembahyangi perempuan ini.

Bertanyalah Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah

“Ya Rasulullah, mengapakah perlu kita untuk menguruskan dan sembahyang ke atas jenazah perempuan ini kerana dia adalah perempuan zina, Ya Rasulullah?”

Maka jawablah Rasulullah

“Sesungguhnya demi Allah, wanita ini telah bertaubat. Ketahuilah sahabatku, jika taubat ikhlas perempuan ini dihitung dan diberikan kepada 70 orang penduduk kampung ini, maka masuk syurgalah kesemua mereka”

MasyaAllah, begitu sekali hebatnya nilai taubat yg ikhlas di sisi Allah. Saya terpana mendengar cerita ini.

Cerita 2

Diceritakan pada zaman dahulu juga, ada seorang ‘abid yg sangat hebat ibadahnya yg sudah menjengah umur 60 tahun.

Sepanjang hari 60 tahunnya itu, ‘abid ini sentiasa berpuasa, tatkala pada malamnya, air matanya sentiasa jatuh menangis hiba pada yg maha pencipta.


Sebegitu hebat ibadah ‘abid ini sehingga diketahui seekor syaitan.

Syaitan memasang niat untuk mengkufurkan ‘abid ini.

Suatu hari bertemulah syaitan ini dgn ‘abid yg kuat beribadah ini. Betanyalah syaitan kepada ‘abid

“wahai ‘abid yg taat pada penciptanya, ketahuilah engkau bahawa aku kagum dgn ketaatanmu itu. Maka ingin sekali aku mencabar kamu untuk melakukan salah satu drpd 3 dosa besar ini

Berzina

Minum arak

Membunuh”

Oleh kerana ‘abid itu hidupnya selama ini hanya beribadah pada Allah, maka ia yakin akan imannya dan yakin Allah akan mengampuni dosanya.

Moga dia memutuskan untuk menyahut cabaran syaitan itu. ‘abid itu memilih untuk meminum arak.

Maka diceritakan, minumlah a’bid itu arak dgn banyaknya sehingga dia mabuk dan hilang kewarasannya.



Dalam keadaan mabuk, dia telah merogol gadis penjual arak itu. Disebabkan takut akan tersebarnya berita oleh gadis itu, dia bertindak untuk membunuhnya.

Hasilnya, ‘abid itu telah melakukan ketiga-ketiga dosa besar hanya kerana meminum arak.

Maka diketahuilah pihak berkuasa akan kekejaman ‘abid ini dan dia ditangkap untuk dijatuhkan hukuman mati.

Gusarlah hatinya ketakutan yg amat melihat akan matinya ia tidak lama lagi. Pada waktu ini, syaitan muncul dan berkata,

“wahai ‘abid, aku boleh menyebabkan kau terlepas dri hukuman mati ini, tetapi mahukah engkau mengikut permintaanku?”

“apakah syaratmu wahai syaitan?” Tanya ‘abid itu ketakutan yang amat.

“Sujudlah padaku wahai ‘abid!”

Dek kerna ketakutan yg amat akan hukuman mati itu, maka sujudlah ‘abid itu kepada syaitan, dan ditakdirkan ‘abid itu mati tatkala bersujud.

Maka disaksikanlah seluruh alam ‘abid yg 60 tahun hidupnya beribadah kepada Allah telah mati dalam keadaan kufur bersujud kepada syaitan.

—–

Fuh, luluh hati saya mendengar pengakhiran hidup seorang ‘abid yg hebat ibadahnya.


Hendak saya jelaskan pengajarannya? Tak payahlah, kerna anda sendiri boleh berfikir dgn rational.

Akhir kata,

“Jika iman itu hanya senipis kulit bawang, janganlah berani menduga mata pisau yang tajam”

No comments:

Post a Comment