Friday, December 25, 2009

Benarkah Ini Cinta??

Wahai teman, izinkan daku untuk menceritakan satu kisah padamu. Kisah yang pastinya tak akan kau dapati daripada mana-mana buku ataupun daripada siaran televisyen. Ianya adalah satu kisah mengenai diri kita jua. Kisahnya adalah mengenai cinta . Namun aku masih keliru….Benarkah ini cinta??????

Duhai teman, pernahkah dikau jatuh cinta? Ah, mungkin soalan ini terlalu subjektif untuk kau jawab!. Namun perkara begini amat biasa berlaku pada sebilangan orang. Jatuh cinta pada seseorang adalah suatu perkara yang dianggap paling manis dalam hidup. Apabila rasa cinta mula menguasai diri, semuanya kelihatan hebat biarpun orang yang dicintai tidaklah sehebat mana. Aduh teman…Aku sendiri kadang-kadang merasa sangat hairan dengan diri kita ini. Mudah sungguh kita jatuh cinta pada seseorang padahal kita sendiri tidak kenal siapa dia. Cinta pandang pertama. Tapi payah sungguh untuk kita jatuh cinta pada Tuhan yang menciptakan kita, iaitu ALLAH. Tuhan yang menjadikan kita sebaik-baik makhluk. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Apa saja yang dilakukan oleh orang yang dicintai akan diambil tahu. Tidak pernah terlintas langsung untuk mlakukan perkara yang tidak disukainya. Kalau boleh, kita nak si dia sentiasa merasa senang dengan setiap perilaku kita, dengan setiap patah kata yang kita lafazkan. Namun aku amat menyesali apabila kita tidak pernah ambil tahu adab-adab kita pada ALLAH, kita jarang nak ikut perintahNya, tapi kita amat suka melanggar laranganNya. Alangkah biadabnya kita!!! Tidak ada langsung rasa hormat, rasa kasih mahupun rasa takut pada ALLAH. Terfikirkah kita bahawa ALLAH berkuasa mengambil nyawa kita bila-bila masa saja Dia mahu, sedangkan kita tidak mempunyai sebarang bekalan???

Hari-hari yang dilalui terasa begitu bermakna dengan kehadiran orang yang dicintai di sisi. Tidak cukup kita meluangkan masa berjumpa dan berdating dengan si dia, kita akan bergayut pula di telefon berjam-jam lamanya. Apabila hari lahir si dia tiba, kita sibuk dan pening memikirkan apakah yang akan kita hadiahkan padanya. Moga rasa cinta akan lebih menebal. Tapi hari-hari yang kita lalui tak pernah pula kita lafazkan zikir kasih cinta pada ALLAH, tak pula kita susah-susah fikir nak memberikan sesuatu yang terbaik kepada ALLAH. Adakah manusia, hamba yang diciptakanNya itu lebih mulia dan hebat daripadaNya???

Pastinya kau juga sudah begitu maklum mengenai hal ini. Macam yang aku katakan tadi, ini adalah kisah kita. Tapi aku juga masih tertanya-tanya benarkah ini dikatakan cinta ??????? Siang malam masa kita dihabiskan untuknya. Seluruh rasa kita curahkan pada dirinya. Namun kita jarang mendapat ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan. Entah-entah kita pula yang akan ditinggalkannya. Aku masih ragu-ragu dengan sikap kita. Alangkah tidak malunya kita, selepas kita melambakkan seluruh rasa cinta kepada manusia dan akhirnya dikecewakan, barulah kita mula mencari ALLAH. Kita memberikan cinta yang sudah menjadi sisa-sisa kepadaNya. Kita merayu-rayu padaNya supaya memberikan kekuatan kepada kita untuk menempuh cabaran hidup. Namun apabila Dia menganugerahkan kita nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung, kita jadi lupa untuk bersyukur padaNya. Perkara yang biasa dilakukan ialah kita celebrate bersama-sama si dia . Saat itulah kita alpa bahawa ALLAH mampu menarik semula nikmat yang diberikannya kepada kita.

Sukar sangat kita nak menyatakan rasa kasih dan cinta padaNya sedangkan bukankah itu yang sewajar dan yang sepatutnya kita lakukan? Cuba kita renungkan berapa banyak masa yang telah kita habiskan untukNya? Dalam sehari kita Cuma memperuntukkan sedikit sekali waktu bersamaNya. Kadang-kadang kita sengaja melewat-lewatkan sembahyang. Aku rasa kalau kita lambat sampai walaupun Cuma 5 minit untuk berdating dengan si dia, dah tentu kita gabra habis. Paling tidak kita berjanji takkan buat lagi. Atau kita akan terus memujuk rayunya supaya tidak marah pada kita. Huh, tak pula kita rasa bersalah kalau tak sembahyang semata-mata nak berdating! Cinta seperti inikah yang kita dambakan??? Adakah berbaloi kita mengejar cinta dan redha manusia dengan menggadai cinta kepada ALLAH??? Benarkah ini yang dikatakan cinta???

Wahai teman, aku kini rasa teramat malu dengan apa
yang telah kita lakukan. Aku pasti Rasulullah s.a.w pun akan turut merasa sedih jika baginda melihat apa yang kita telah lakukan pada agama ALLAH. . Benarlah sabda baginda yang mengatakan bahawa manusia di akhir zaman menjaga agamanya ibarat menjaga bara api. Digenggam ia membakar diri, dilepaskan, akan ia padam. Kita tidak pernah berusaha untuk menawan cinta daripada ALLAH. Aku merasa amat risau lama kelamaan kita akan terus hanyut, jauh daripada rahmatNya. Andai rahmatNya sudah tiada, maka tiada maknanya lagi hidup kita di dunia ini.

Ayuhlah teman… Aku merayu padamu, dan kaupun tolonglah rayu kepada teman-temanmu yang lain. Marilah kita bersama-sama menyusuri jalan yang telah ditetapkanNya.. Marilah kita berusaha sekuat mungkin untuk menggapai cintaNya. Kita perlu bijak memilih mana satu kebahagiaan yang hakiki buat diri kita. Saidina Ali r.a pernah berkata, ‘dunia dan akhirat itu ibarat perempuan yang dimadukan.Jika kamu mencintai salah satu daripadanya, maka yang satu lagi akan mencemburuimu. Oleh itu, pilihlah yang membawa kebahagiaan yang kekal abadi buat dirimu’. Cinta pada manusia tidak akan kemana..Semuanya adalah cinta duniawi.. Namun cinta kepada ALLAH dan RasulNya akan kekal buat selamanya kerana inilah cinta agung yang sebenar-benarnya.Cinta kepada ALLAH akan membawa kita kepada cinta pada manusia yang yang pastinya merupakan cinta sejati .Semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmatNya. Korbankanlah cinta yang palsu, demi mendapat darjat kemuliaan disisiNya di syurga nan kekal abadi.

No comments:

Post a Comment