Monday, November 16, 2009

BILAKAH AKAN BERKESUDAHAN??

Meniti perjuangan para syuhada’ dalam membebaskan Bumi al-Quds daripada rejim Zionis laknatullah amat menyayat hati.
Begitu kental jiwa umat Islam di Palestin dalam membebaskan tanah air mereka daripada jajahan anjing-anjing Zionis. Namun, apabila diteliti ke dalam diri kita, mampukah kita melakukan sedemikian rupa.
Kekentalan jiwa anak-anak Palestin dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Tiada istilah bermain bagi mereka.
Mainan mereka hanya batu-batu, yang mana batu-batu itu dikumpul untuk menjadi senjata kepada mereka. Dengan izin Allah, batu-batu itu mampu meletupkan helikoter Apache, pesawat rejim Zionis. Subhanallah!!
Tiba-tiba, hati menjadi sayu melihat pengorbanan saudara seislam yang berhempas-pulas demi merebut kembali tanah air sendiri yang telah dirampas.
Siapa yang bisa tersenyum riang andai saudara seislam sedang gelut mempertahankan agama suci, agama Islam di bumi al-Quds? Sesungguhnya isu Palestin adalah isu seluruh umat Islam.
Andai diukur dengan diri ini, jiwa kanak-kanak di sana jauh lebih besar daripada jiwaku. Api perjuangan yang ada di dalam diri mereka sentiasa menyala, tidak pernah terpadam.
Hanya kalimah-kalimah Allah dan zikir sahaja yang menjadi kekuatan kepada mereka bagi meneruskan perjuangan ini.

Pada bulan April 1948, Zionis melancarkan kekuatan ketenteraannya untuk menguasai seluruh wilayah Palestin dan pada tanggal 14 Mei 1948, mereka dengan biadapnya mengisytiharkan wilayah Palestin sebagai Israel.
Negara Israel ditubuhkan atas darah rakyat Palestin. Sejak itu, Palestin hilang dari peta dunia.
Satu tahun selepas pendudukan Israel, mereka berjaya menguasai sebanyak 78% daripada
seluruh wilayah Palestin, baki 22% lagi yang terletak di tepi Sungai Jordan digabungkan dengan kerajaan Hasyimit Jordan.
Daerah Gaza pula berada di bawah pentadbiran Mesir. Dengan cara keganasan, mereka telah
mendirikan sebuah negara bernama Israel.
Bangsa Yahudi dibawa masuk ke wilayah Palestin tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Itulah hakikatnya bangsa Israel.

Masihkah anda ingat pada tarikh 16 September, peristiwa berdarah Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan. Peristiwa yang menyaksikan pembunuhan lebih 3000 orang awam rakyat Palestin yang mendiami kem pelarian Sabra dan Shatilla.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1982. Ia merupakan satu tindakan keganasan yang tidak pernah terbayang akan dilakukan oleh manusia yang berakal, apatah lagi sebuah kerajaan.
Jika pihak Amerika menuding jari ke arah Osama Ben Laden dan rangkaian al-Qaedahnya di atas serangan 11 September tanpa sebarang bukti yang kukuh, bagaimana pula dengan peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Sabra dan Shatilla!!??
Peristiwa penyembelihan ini berdasarkan bukti yang kukuh bahawasanya tentera rejim Zionis
Israel di bawah pimipinan Ariel Sharon yang melakukan perbuatan ini.
Jika Osama dberikan label sebagai pengganas, mengapa Ariel Sharon tidak dinobatkan dengan pangkat yang sama?
Lebih menarik lagi, tiada apa-apa tindakan di peringkat antarabangsa yang dikenakan ke atas mereka.
Dosa Israel di Sabra dan Shatilla mudah dilupakan dunia. Apa yang berlaku di dunia ini amat sukar difahami. Tiada siapa yang dapat menyelesaikan kerumitan ini.

Mengenang kembali perjuangan peneraju utama HAMAS suatu masa dahulu, perjuangannya menggetarkan hati saya.
Tidak ramai insan sehebat beliau. Namun, apa yang pasti, di sana (bumi al-Quds), ramai pejuang yang berjiwa, kental demi mempertahankan hak mereka dan yang paling utama mempertahankan agama Islam.
Dari sekecil-kecil kanak-kanak hinggalah golongan dewasa, perjuangan mereka membuatkan saya berasa amat kagum. Berbekalkan iman yang senipis kulit bawang, diri ini masih takut untuk berhadapan dengan peluru dan bom.
Diri ini masih belum layak untuk menggalas perjuangan ini.
Ahmad Yassin memulakan benih-benih awal gerakan HAMAS di masjid-masjid. Beliau menghabiskan waktu yang lama untuk membina para pemuda di masjid-masjid.
Ahmad Yassin sendiri telah ditangkap dan diugut supaya memberhentikan kegiatannya menyedarkan para pemuda Palestin untuk berjuang menentang penjajahan.
Pada bulan Disember 1987, selepas peristiwa trak Yahudi melanggar sekumpulan pemuda
Palestin, Ahmad Yassin dan rakan-rakannya seperti Dr. Aziz al-Rantisi, Salah Syahadah, Dr. Ibrahim al-Maqadmah dan lain-lain telah melancarkan gerakan kebangkitan rakyat Palestin menentang tentera rejim di serata Palestin.
Dasar HAMAS ialah Islam dan berjuang di atas lunas serta dasar-dasar Islam. Beliau menolak segala bentuk perdamaian dan persefahaman dengan rejim Zionis.
Baginya, selagi Baitulmaqdis masih dijajah rejim Zionis, selagi golongan Yahudi Zionis berkuasa di bumi Palestin, tidak aka nada apa-apa yang dinamakan rundingan damai mahupun persefahaman.

Perginya seorang syuhada’ atau ulama’ besar ini tanpa meninggalkan sesen wang pun untuk ahli keluarganya.
Malahan, kerusi roda yang dinaikinya juga tidak dapat diwarisi kerana hancur dimamah peluru roket yang dilancarkan oleh helikopter Apache milik tentera rejim Zionis.
Lebih menyedihkan lagi, duit berjuta-juta dollar yang mengalir untuk rakyat Palestin, sesen pun tidak diambil beliau.
Sedangkan anak-anaknya tidak mampu melanjutkan pelajaran ke universiti kerana masalah kewangan yang dihadapinya.
Jauh bezanya dengan pemerintahan kita di Malaysia pada hari ini yang mana kehidupan mereka banyak bergantung kepada sumber yang haram. Semoga Allah memberi hidayah kepada
mereka.
Apa yang pasti, gugurnya Syeikh Ahmad Yassin bukan bererti berakhirnya perjuangan rakyat Palestin. Syeikh Ahmad Yassin pernah berkata: “Jika gugur seorang Ahmad Yassin, akan muncul 1000 Ahmad Yassin yang lain!”.

Tidak dapat dinafikan bahawa jihad merupakan satu perkara yang paling besar dan paling mulia yang mana ia lebih baik daripada segala apa yang ada di dunia ini.
Bukan perkara yang mudah untuk menyerahkan nyawa, meninggalkan segala kesenangan dan kemudahan hidup demi meninggikan akidah dan syariat Islam.
Dengan jihad inilah mukmin mengetahui kasihnya terbahagi dua di antara dunia dan akhirat.
Yang manakah lebih dicintainya.
Perjuangan untuk memerdekakan keseluruhan bumi Palestin daripada penjajahan rejim Zionis Israel bukanlah satu perjuangan yang mudah dan singkat.
Rasulullah telah menyatakan dalam sebuah hadis bahawa perjuangan ini akan berlanjutan hingga menjelangnya hari kiamat.
Teringat pula saya kepada lagu dendangan kumpulan Hijjaz (Sunnah Berjuang).

Berjuang menempah susah,
Menanggung derita menongkah fitnah..
Itulah gelombang hidup samudera duka,
Seorang mujahid membela tauhid..

Dipisah ia berkelana, dibelenggu dia
Namun jiwa tetap membara memburu cinta,
membara demi Allah dan RasulNYA..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti..
Tenang resah silih berganti,
Inilah sunnah,orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu,
Dihiris dosa air mata..
Siangnya bagaikan singa di rimba,
Memerah keringat mencurah ke dada..
(sudah sunnah berjuang ke jalan Allah)

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis..
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih..
Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran..
Antara dua jadi pilihan,
Dunia yang fana..atau syurga..

KAMPUNG HALAMAN,
PERLIS.

No comments:

Post a Comment